alimputra's FotoPage

By: najla umi and papa

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Dec-2007 07:40 Email | Share | Bookmark
jeng...jeng...jeng....

Quote:



pic of pregnancy kit... tested after 4 days of "trial"......... hehehe.. ada ke patut??? nampak sgt mcm desperate gila!!! .. hahahhaa... mana boleh check awal2 sgt! bkn tak tau... u just can start to open ur pregnancy kit as early as a week before ur period date!! tp saje ... tak pasal2 nak beli satu lagi pregnancy test... so the result .... "baru jadi geng satu line jelah!!! hahahahah!!!!



then..read all comments from members in d'previous N3 'bout "Early Signs of Pregnancy".. hehehhe... bantai gelak je den.... rupa2nya... ramai jugak yg suspen ek?? sabar2.. actually.. d'day i wrote the articles... i oledi knew yeah... that morning... after woke up.. terus check.. that time rasanya around a week before period date....

as i mentioned before about
"woman's intuition" Well, sometimes you just might have a "special feeling", or sense if "knowing" and those feeling might just be your first symptoms of pregnancy. Yes!! this is the main reason.. + obvious signs like cramps + tiredness & fatigue all the times and for sure.... feeling discomfort...finally... the answer
is positive.... i noticed am no more geng satu line.... but dah jadi geng dua line. hahaha
...




told en putra.. just like before (1st one) dia senyum je... nothing more.. 2nd one ni.. lagila kan... slumberger jelah... and den pun takla over xcited as this was an expected baby... lagipun before ni mmg dah plan date... + tips yg member2 bagi esp. from mama adam & amar... hehhee.. thanks ye wak... so... after berusaha mendaki tangga....
alhamdulillah..... amin!!! then... usaha nak dpt baby boy tu.. kita dah cuba..dah usaha... so sekarang ni... terserah pd Yang Esa... Rezeki tu semua Tuhan yg bagi... actually.. den tak kisah boy or girl... plg penting baby cukup sifat.. sihat.. & selamat semuanya.. amin! kalau tanya en putra... kalau boleh dia nak kawan... boyla tu... kalau tanya najla... dia nak girl.. nak main barbie sama2... kalau tanya den... hahahahha... den nak kembar!!! yehaaa!!! kalau dpt kembar..... agaknya boleh tutup kedai kot lps tu? hehehehhehehehe







1 question here, nak tanya pada kawan2 yg dah experienced before... 2nd time pregnant ni, our belly mmg lebih besar dr 1st time pregnant ke? coz i noticed, walaupun terlalu awal... my belly mcm dah 3 months preggie (waktu pregnantkan najla dulu) time najla dulu, 4 months pun i still can pakai seluar slack biasa.. perot cinonit je... tak perasan pregnant pun... but now... ishh... mcm quite nampakla jugak... or mayb sbb + perot yg mmg dah buncit kot!! hahahhaa what do u guys think????




perbezaan yg plg ketara : a month ago..... my skirt ni... teramatla longgar!! pakai pun mengebeh je.. boleh pusing2.... yesterday.... alamak... tetiba je jadik ketat .. keep thinking.. tak kanla sekejab sgt perot dah besar????

so far, blom start mabok2 lagi ( hope takla kena mcm 1st one dulu ~ 3 months tak buleh mkn... bau nasi pun dah pening... berat bdn from 45kg before pregnant.. trn tinggal 39kg during 3 moths preggie.... ) so now ni still too early..... as am just 4 weeks preggie.... doctor pun tak pi lagi... apa2 pun.... just pray to God.. hope semuanya selamat... amin! & to all friends yg mendoakan ... a million thanks to all of u & again... doakan semuanya selamat ye.. this time... this day.... u guys such a shining star in my world.... colourful my dreamland with ur concern... caring... & luvs.... thanks a lot!








eh one thing nak tanya... anyone yg pernah mkn set salindah? rasanya mcm nak guna set salindah ni ... emm, if not mistaken... need to start mkn as early as 3 months preggie..betul ke? ada yg suggest suruh mkn .. but .. i rcvd an email from my fren.. saying that this set is bahaya... pls advise :

Quote:


(copy from email :

Beware of Salindah

Assalamualaikum to all.

I know this message mungkin akan menyebabkan sesetengah kita kurang
bersetuju atau sebagainya. Since this group is like my 3rd family; I would
like to share this message with you guys

I know ramai yang guna salindah or jadi dealer and so on; but this come
into my mailbox and I couldn't just let it be there. Lagi pun this morning

kat MHI ada news pasal a lady meninggal sebab makan pil kurus; ada kod dari

kementerian kesihatan pulak tu. Tu yang buat I lagi takut dengan semua
pil-pil and jamu ni...


Please read the forwarded message and the rest is up to you.

Wallahu'alam.

*******************************************************

Hie all..

Axe ni. I just want to comment a little bit on Salindah, since I am in
the Obstetrics & Gynaecology. .. I think it is my duty as part of the
community to impart my knowledge. The Ministry of Health had issued
reminders to all of us - medical practitioners that Salindah might not be
safe in pregnancy. It had been observed that quite a number of patients
with post-delivery haemorrhage (bleeding) had used this product during
their antenatal period. It resulted in bleeding not only due to poorly
contracted uterus but also deranged blood coagulation profile. This most
probably due to its herbal content. Herbs are well known to alter blood
coagulability. At this moment, O&G Dept, HUKM is carrying out a
retrospective research on its effect on pregnancy and pregnancy outcomes.
Other research centre is still studying its actual content. Substance
effect is always individualised. It may cause problem to one but not the
others. Therefore, I feel, until it is proven safe to use it... I would
choose not to. I have been advising my patients againts it at this moment.

But of course, in the end.. it is your choice.


Till then, live life safe and healthy.


Ixora Kamisan Atan M.D.
Dept. O&G,
Hospital UKM, Cheras.


***********************************************************
Subject: Re: [xstf90] beware-salindah


As for me, she cannot blame on salindah alone without prove. From her

story anak pertama dia dah 3.9kg. So i presume anak ketiga mesti lagi

besar. So, may be dia punya uterus tak boleh cope with a big baby.
mungkin tu punca pendarahan. Lagipun dari cerita tu dia macam taksub
masa anak pertama & kedua produk tu bagus. Mungkin Allah nak tunjuk
sesuatu. Kita ni tak boleh taksub pada something. Semuanya back to
kuasa Allah. Tu pendapat aku le...


*********************************************************

Tumpah darah
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Pengambilan pil tidak diluluskan hampir meragut nyawa Syazlina
sehingga rahimnya kena buang MENYESAL tidak sudah. Akibat terpengaruh
dengan
kata-kata kawan , saya hampir hilang nyawa. Gara-gara mahu mudah
bersalin dengan hanya mengambil ubat , saya mengalami tumpah darah yang
teruk
sehingga rahim terpaksa dibuang. Syukur Tuhan masih beri saya peluang
untuk meneruskan hidup.


Saya tidak tahu ubat yang disyorkan kawan itu sebenarnya tidak
mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan. Awalnya saya ragu-ragu ketika
ditunjukkan ubat itu , tetapi apabila ada kawan menceritakan
pengalamannya , saya mula terpengaruh , kata Syazlina Anuar , 36 , dari
Shah Alam , Selangor.


Pil itu yang hanya boleh dibeli melalui ejen jualan langsung bukan
saja didakwa boleh memudahkan proses bersalin , tetapi mampu mempercepatkan
pengecutan rahim , merawat gejala keputihan , senggugut , melancarkan
aliran haid dan nifas serta pelbagai lagi masalah berkaitan wanita. Selain
pengalaman kawan , lebih meyakinkan Syazlina ialah ubat itu dikeluarkan
seorang yang bergelar doktor , malah namanya tercatat di atas bungkusan
produk keluarannya.


Pil itu perlu diambil sepanjang kehamilan. Saya mula mengambilnya
ketika kandungan pertama masuk empat bulan hinggalah selepas bersalin.
Makin dekat waktu bersalin , pil itu perlu dimakan lebih banyak.
Sebagaimana didakwa kawan , saya mengakui proses melahirkan anak pertama
memang mudah berbanding kawan lain yang tidak mengambil produk itu.
Walaupun anak pertama besar iaitu 3.9 kilogram , proses bersalin mudah.
Jadi keyakinan saya terhadap ubat itu bertambah. Malah , saya juga
mengesyorkannya kepada kawan. Selepas mengetahui 'khasiat' ubat itu ,
apabila mengandung anak kedua saya mengambilnya dari awal kehamilan dan
sekali lagi ia 'membuktikan' keberkesanannya. Saya melahirkan anak
kedua tanpa masalah. Ia membuatkan saya benar-benar percaya ubat itu memang
baik. Sebaik mengetahui saya mengandung lagi (anak ketiga) , saya terus
beli dan makan ubat itu setiap hari. Namun kali ini ada masalah. Dari awal
kandungan lagi saya alami
pendarahan , iaitu tanda bersalin awal. Apabila diperiksa , doktor
mendapati rahim saya terbuka dua sentimeter dan mula menunjukkan tanda
bersalin awal.


Kecut hati saya mendengarnya. Sejak kandungan pertama saya tidak
pernah beritahu doktor saya makan ubat untuk mudah melahirkan anak , tetapi

apabila disoal berkali-kali akhirnya saya mengaku. Ketika itu baru
saya tahu ubat berkenaan tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan ,"
katanya. Sebaik kandungannya masuk minggu ke-37 , suaminya menghantar
Syazlina ke hospital untuk bersalin. Namun , kelahiran kali ini jauh
berbeza
dengan kelahiran anak pertama dan kedua. Selepas anak ketiganya
dilahirkan , Syazlina tumpah darah.


Secara semula jadinya , rahim wanita akan kecut perlahan-lahan
selepas melahirkan anak. Bagaimanapun , keadaan ini tidak berlaku pada
Syazlina.
Rahimnya kekaldalam keadaan kembang dan ini menyebabkan pendarahan
terus berlaku. Pakar sakit puan yang merawatnya menyuntik ubat untuk
mengecutkan
rahim dan menghentikan pendarahan. Namun , pengecutan rahimnya hanya
bertahan sejam , kemudian ia mengembang semula dan menyebabkan pendarahan.


Doktor memberitahu Syazlina , otot rahimnya tidak boleh berfungsi.
Itu menyebabkan ia tidak mampu mengecut semula , walaupun bayi dikeluarkan.

Sekali lagi ubat disuntik. Ubat itu hanya tahan sejam dan perkara
sama berulang Pada masa sama , dia diberikan 10 pek darah dan menurut
pakar
sakit puan yang merawatnya , hanya ada satu cara untuk menyelamatkan
Syazlina iaitu pembedahan pembuangan rahim. Jika rahim yang kembang
itu dibiarkan , ia akan menyebabkan pendarahan berterusan dan boleh
membawa maut.


Mahu tidak mahu , dia terpaksa akur dan pembedahan pembuangan rahim
dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Namun ,
apabila pendarahan tetap tidak berhenti selepas rahim dikeluarkan ,
dia diberikan ubat untuk memekatkan darah kerana secara semula jadinya ,
darah
wanita yang mengandung lebih 'cair' daripada biasa.


Namun pendarahan tetap tidak berhenti. Sepanjang tempoh empat jam
itu, saya kehilangan banyak darah. Di PPUM saya diberi 10 pek darah untuk
menggantikan darah yang hilang. Oleh kerana pendarahan tidak
berhenti, doktor membuka balik jahitan di perut. Mereka ikat semua salur
darah
yang menyebabkan pendarahan , tetapi masih tidak berjaya.


Apabila usaha ini juga gagal , akhirnya mereka mengambil keputusan
memasukkan kain dalam perut saya. Kata doktor , kehadiran benda asing
(gause) akan menyebabkan darah membeku. Selepas dua hari , gause itu
dikeluarkan. Masing-masing menarik nafas lega apabila usaha ini berjaya dan
pendarahan berhenti. Mengingat kembali apa yang berlaku , saya
benar-benar insaf. Tidak sangka begini jadinya. Saya tidak sangka Allah
masih memberi peluang untuk saya terus hidup. Ketika dalam perjalanan ke
PPUM , saya rasakan ajal sangat dekat.


Ngeri mengenangkan pengalaman yang saya lalui. Mujur juga ubat itu
tidak memberi kesan pada bayi. Jika tidak , sepanjang hayat saya akan
dihantui
kekesalan , " katanya.


Syazlina berkata , pengalaman itu adalah pengajaran pahit dan mahal.
Hanya selepas kehilangan rahim dan hampir menemui maut , dia tahu betapa
bahayanya mengambil ubat yang tidak mendapat kelulusan Kementerian
Kesihatan.


Kini setiap kali ada yang memperkenalkan produk penjagaan kesihatan
kepadanya , dia akan memastikan produk itu ada nombor siri kelulusan
Kementerian Kesihatan yang bermula dengan MAL diikuti dengan nombor


Malah , dia juga akan memastikan nama , alamat dan nombor telefon
pengeluar produk tercatat pada label untuk dihubungi bagi mendapatkan
pengesahan




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net